Saturday 14 June 2014

Akhir Semester

Jun 2014

Meniti hari-hari akhir perjuangan empat tahun. Masa begitu pantas berlalu tidak disedari. Mahu apa lagi toleh kebelakang apabila perjuangan dihadapan perlu diteruskan.

Moga dipermudah pengakhiran dengan kejayaan buat yang tersayang. Titik peluh pengorbanan menjadi sebuah pembuka jalan. Manifestasi kejayaan ditafsir bukan dengan segulung ijazah, namun dengan budi bakti yang dicurah.

Berilmu berbakti.

Friday 25 October 2013

Bajet 2014


Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai HARI INI..

*KENAPA NAIK HARI INI???
*KENAPA TAK NAIK MINGGU DEPAN??
*KENAPA TAK NAIK BULAN DEPAN??

T_T

Dah tak kesah kalau belanjawan negara tak memihak kepada rakyat. Sebab dah masak dengan kaedah pemimpin sekarang. Subsidi dikurangkan, BR1M diberikan. Tapi kaedah perlaksanaan nampak seperti membunuh rakyat. Nak duit rakyat cepat, pulang kepada rakyat lambat. Bonus pada kakitangan awam sahaja. Sumbangan kakitangan swasta bagaimana? Tak berapa nak bonus pon sebab cukai pendapatan, sebulan gaji penjawat awam. Bonus tu duit gaji mereka juga.

Susah nak percaya yang kerjaan akan gunakan kembali wang rakyat untuk rakyat.

Thursday 26 September 2013

buang

Siapa yang buang rakannya, kelak dibuang temannya..

Siapa yang buang keluarganya, kelak dibuang kerabatnya..

Siapa yang buang anaknya, kelak dibuang zuriatnya..

Siapa yang buang Rasulnya, kelak dibuang syafaatnya..

Siapa yang buang Tuhannya, kelak dibuang ke neraka..

anak

kerja hakiki bukanlah dilapangan kerja kita..
tetapi, di halaman rumah kita bangunkan ummah..
bekerja untuk memenuhi keperluan di rumah..
agar keluarga terdidik menjadi sempurna..

Wednesday 18 September 2013

amanah

kadang kala jawatan boleh buat kita lebih bersemangat..
kadang kala jawatan boleh buat kita lupa amanat..

bukan mudah memegang amanah..
bukan mudah melepaskan amanah..

pegang pada janji sebaik mungkin..
laksana tanggungjawab semampu mungkin..

cepat

tuliskan apa yang terlintas di minda..
lakukan apa yang terlintas di hati..
agar nanti mudah segala rencana..
permudah cara tersusun rapi..

rasa

semua orang boleh rasa gembira..
tapi tak semua mampu ketawa..

semua orang boleh rasa sedih..
tapi tak semua mampu menagih..

semua orang boleh rasa amarah..
tapi tak semua mampu menyergah..