Thursday 26 September 2013

buang

Siapa yang buang rakannya, kelak dibuang temannya..

Siapa yang buang keluarganya, kelak dibuang kerabatnya..

Siapa yang buang anaknya, kelak dibuang zuriatnya..

Siapa yang buang Rasulnya, kelak dibuang syafaatnya..

Siapa yang buang Tuhannya, kelak dibuang ke neraka..

anak

kerja hakiki bukanlah dilapangan kerja kita..
tetapi, di halaman rumah kita bangunkan ummah..
bekerja untuk memenuhi keperluan di rumah..
agar keluarga terdidik menjadi sempurna..

Wednesday 18 September 2013

amanah

kadang kala jawatan boleh buat kita lebih bersemangat..
kadang kala jawatan boleh buat kita lupa amanat..

bukan mudah memegang amanah..
bukan mudah melepaskan amanah..

pegang pada janji sebaik mungkin..
laksana tanggungjawab semampu mungkin..

cepat

tuliskan apa yang terlintas di minda..
lakukan apa yang terlintas di hati..
agar nanti mudah segala rencana..
permudah cara tersusun rapi..

rasa

semua orang boleh rasa gembira..
tapi tak semua mampu ketawa..

semua orang boleh rasa sedih..
tapi tak semua mampu menagih..

semua orang boleh rasa amarah..
tapi tak semua mampu menyergah..

di sini

di sini tempat memendam rasa..
di sini tempat merawat luka..
di sini tempat mencipta bahagia..
di sini tempat menyebar cinta..
di sini..
ini..
universiti..
tercinta..