Monday 31 December 2012

2013

salam alaik..

pejam celik, makan tido, on9 bagai, puff... 2013 sudah.. today 1.1.2013.. aiyak macam tak percaya.. biasalah kalau tahun baru ni orang sibuk cerita azam masing-masing.. azam nak sambung azam tahun lopeh la bagai kan.. anyway, pada aku tahun baru is tahun baru.. just a date beb.. lebih baik sambut tahun baru hijrah.. zzz~ umur ni makin pendek dah.. bukan makin panjang ye kawan-kawan.. so buatlah apa-apa yang bermanfaat untuk diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama selagi nyawa dikandung badan.. =)

Tuesday 2 October 2012

BAJET 2013

 MUHAMMAD IRFAN BIN HASSAN
158046
BACHELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

02 OKTOBER 2012 – BAJET 2013

            Baru-baru ini, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Bajet 2013. Saban tahun rakyat menantikan pengumuman bajet ini. Jangkaan awal bagi Bajet 2013 ini adalah bagi membantu meringankan beban hidup rakyat di era serba moden ini.
            Persoalannya kini, sejauh mana Bajet 2013 membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia? Salah satu perkara yang terkandung dalam bajet ini adalah pemberian baucar buku kepada golongan pelajar sebanyak RM 250 yang mana sebelum ini RM200. Hal ini pastinya disambut baik golongan pelajar yang pastinya memerlukannya bagi tujuan pelajaran.
            Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Kad Diskaun 1 Malaysia (KDS1M) bagi golongan mahasiswa. Namun hakikatnya, ia hanya boleh digunakan di kedai tertentu sahaja seperti KFC, MPH Bookstore dan lain-lain.  Sangat bermakna seandainya ia boleh digunakan di kedai-kedai keperluan pelajar bukannya kehendak pelajar. Seolah-olah menggalakkan pelajar kita mengamalkan gaya hidup mewah dengan berbelanja sakan.
Meskipun adanya baucar buku dan Kad Diskaun 1 Malaysia (KDS1M), ia hanya meringankan beban pelajar buat sementara waktu sahaja. Jika dilihat pada pemberian baucar buku yang pertama dahulu, pelajar hanya diberikan tempoh 3 bulan untuk menghabiskan baucar buku mereka.
RM200 amat besar nilainya bagi golongan ini, namun mereka menghabiskan kepada perkara yang kurang perlu semata-mata kerana ingin segera menghabiskan baucar yang diberi.  Tambahan lagi, barang keperluan dan harga makanan di kawasan kampus sendiri dilihat terlalu mahal buat golongan ini, dan perkara inilah seharusnya dipandang serius.
Selain itu, kakitangan kerajaan dijanjikan bonus sebanyak satu bulan setengah gaji mereka. Perkara ini adalah wajar bagi menghargai jasa mereka dan pastinya hal ini disambut baik oleh kakitangan kerajaan. Namun begitu, ia menjadi buah mulut kakitangan swasta kerana mereka juga penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Kualiti kerja kakitangan swasta dilihat lebih cekap dan efisyen berbanding kakitangan awam di negara kita, namun peranan dan sumbangan mereka seperti tidak dihargai. Seharusnya, perkara ini dikaji semula dan diwujudkan satu langkah yang lebih bersifat adil dan telus agar semua pihak berpuas hati.
Bagi golongan pendapatan rendah pula, mereka berpeluang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang mana melibatkan golongan umur 21 tahun ke atas, tidak kira bujang mahupun yang sudah berumah tangga. RM250 yang bakal diterima adalah nilai yang banyak, namun hakikatnya ia sedikitpun tidak membantu meringankan beban hidup rakyat apa lagi meningkatkan taraf hidup.
Nilai ini boleh dihabiskan dalam masa yang singkat sahaja kerana taraf hidup pada masa kini sudah meningkat berbanding 20 tahun dahulu. Bantuan yang melibatkan lebih 5 juta orang ini, mungkin lebih bermakna dengan mengurangkan kos hidup rakyat untuk jangka masa panjang dan melibatkan 28 juta rakyat Malaysia.
Hasil negara menerusi kutipan cukai dan sebagainya adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang bakal dibelanjakan untuk rakyat dalam Bajet 2013. Untuk memastikan rakyat mencapai kualiti hidup yang lebih baik selaras dengan dunia moden pada hari ini, bajet yang lebih besar diperlukan bagi memastikan semua golongan tanpa mengira latar belakang dan bidang mendapat hak yang sepatutnya.  

Wednesday 29 August 2012

HISTORY CHANNEL

Salam alaik..

Kali ini nak cerita serba sedikit cerita cuti-cuti..
Nak cerita bab favorite channel masa tengok TV..
Cuti semester yang panjang ni menghadap TV ajela..
Balas dendam la kononnya, kat hostel tak tengok TV..

Sangat minat memicit butang 555 bila dapat pegang remote ASTRO..
Macam-macam ada ASTRO tu, 555 yang jadi pilihan..
Tak pun versi HD 575, gambar terang, tapi tak ada subtitle.. (apo ntah dikobanye~)
Apa itu 555,575? mereka adalah HISTORY CHANNEL =)


Siapa pernah tengok PAWN STAR angkat tangan!!
YeAy kita sama! (dah kenapa~)
PAWN STAR ini berkenaan bisnes pajak gadai.. (pernah dengar Ar-Rahnu??)
Tapi yang ini versi AMERIKA punye..
Dah diorang punya cerita, mestilah pasal diorang kan..
Menarik sebab:
1. dapat tengok barang yang unik dan berharga (kalau tak buat apa diorang nak gadai)
2. barang yang biasa-biasa hari ini, akan jadi "rare items" bertahun nanti..
3. family yang buat bisnes ni sangat hampeh, tapi sempoi...



Kemudian, AMERICAN PICKERS..
Berkisar tentang dua orang sahabat yang merantau ke serata Amerika,
Mencari "sampah" yang bernilai..
Pada orang, benda tu sampah, tapi diorang pandang benda tu duit..
Semestinya sebab diorang ada knowledge pasal barang itu..
Sama ada sebab berharga atau menjadi kegilaan pengumpul..
Menarik sebab:
1. dapat tahu barang-barang antik yang dipakai dulu-dulu..
2. dapat tahu culture dan budaya masyarakat Amerika..
3. tertarik nak kumpul dan simpan barang yang ada..



Seterusnya kita beralih kepada KINGS OF RESTORATION..
Cerita ini perihal kepada kerja-kerja pemulihan dan pembaikian barang-barang..
Terutama barang lama yang banyak kerja tangannya..
Mesin lama rosak? diorang boleh baiki bebb..
Menarik sebab:
1. barang yang dah rosak diberi "nyawa" semula..
2. tertarik melihat kerja pembaikian yang mereka lakukan..
3. terharu melihat keterujaan klien lepas dapat barang mereka yang telah dibaiki..



Alkisah seterusnya, STORAGE WARS..
Perang dunia ke-3?? ohh tidak...
Ini perang dapatkan stor yang dilelong..
Mestilah stor yang penuh barang dan kadang-kadang sampah je..
Menarik sebab:
1. seronok tengok lelongan untuk dapatkan stor..
2. teruja nak tahu barang apa yang mereka dapat dari stor yang dibeli..
3. bisnes yang menarik dan boleh bawa pulangan yang berbaloi..


Sebagai kesimpulannya, inilah cerita yang menarik untuk ditonton..
Ada lagi yang lain, tapi ini yang menarik tertarik ditarik.. eh..


Wassalam.. =)








Wednesday 15 August 2012

bulan madu di bulan ramadhan

salam alaik..

cuti sem ni memang mencabar mental dan fizikal.
sebab penat duduk rumah.
duduk rumah pon penat? phew
datang pulak offer program hujung minggu itu hari.

nak tak nak~
akhirnya nak.. HUHU
dah bosan tak tahu nak buat apa, setuju jela untuk join..

10-12 August 2012
what a fantastic days~
ok memang fantastic cakap kau~
huhu

actually program ini under bhep UPM..
program pemahaman AUKU kaedahnye..
tapi sgt santai dan rilex..
sebab tu jadi bulan madu.. haha~

Bayu Beach Resort PD

mehla join kami ^.^

4/14

melantak masa berbuka

view petang hari

"orang utan"


banyak jugakla input2 yang dapat sepanjang program..
tak rugi datang..
tak rugi 14 orang yang datang.. hiii~
untung aku masuk SUKSIS ni.. (promote~)

wassalam.. =)

Monday 30 July 2012

kalaulah...

Copy and paste dari facebook kawanku Aiman Azlan..
Bunyi macam menarik..


Kalaulah semua perempuan letakkan "wajib tidak merokok" sebagai satu syarat kahwin kepada suami mereka, agak-agak ada lagi ke yang merokok ek?

Kita cuba guna perang psikologi pula.

Muahaha! (ketawa jahat)


Dan ini aku comment kat dia, tune sikit dari status Aiman..
Bunyi macam ini..


Kalaulah semua lelaki letakkan "wajib bertudung" sebagai satu syarat kahwin kepada isteri mereka, agak-agak ada lagi ke yang free hair ek?

Kita cuba guna perang psikologi jugak.

Hihihi! (ketawa sopan)


Why not we try yeay~

Friday 20 July 2012

r.a.m.a.d.h.a.n

salam alaik..

Malam ini, 1 ramadhan 1433 Hijrah ya. Diam tak diam dah sampai ke bulan yang penuh keberkatannya. Jadinya, amat rugi bagi insan-insan yang tak gunakan kesempatan yang ada ini. Tak semua orang berpeluang nak jumpa dengan bulan Ramadhan ini. ingat tak dulu Allahyarham Ustaz Asri, beberapa hari sebelum nak puasa, kembali dia kerahmatullah. Beruntunglah kita-kita ini yang masih dapat berada dalam bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. WowW..

al-IkhsaN eh al-kisah yang terjadi tadi, semasa solat terawih, lokasinya masjid la kan. Anak-anak kecil dengan riangnya bermain-main. Dari mula solat, sampaila orang habis sembahyang. Bila lah diorang ini nak insaf. err ok.. Mereka mungkin banyak masa lagi. Ahli syurga masing-masing. Aku ni ha banyak dosa.

malulah kitorang pon solat taw.. btol3..
Ironinya, ada pula geng-geng bapak orang yang dok melepak, berborak, hisap rokok, masa orang lain sembahyang. Macam mana nak jadi contoh pada anak-anak kalau orang tua yang tunggu masa ini pon 2 kali 5. kan3.. Tolong la setuju.. huhu.. Kadang kita orang tua senang-senang salahkan anak itu ini. Tapi kita lupa nak cermin diri kita yang lagi banyak buat silap banding anak-anak yang sikit dosa atau tak ada dosa langsung.

Untuk itu, pesan atuk untuk diri atuk dan semua, ambillah peluang dan masa yang ada ini untuk kita melakukan transformasi Ramadhan dan semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Sekian,
wassalam..

Wednesday 18 July 2012

MALAM PEWARIS SATRIA NEGARA 2012



salam alaik..

Pada 17/7/2012 (ya semalam lahh) telah berlangsung majlis
MALAM PEWARIS SATRIA NEGARA 2012 (MAWAR 12)
kenapa mesti mawar? tak kan melur pula kan? aiyo..
majlis ini adalah bersempena majis tamat latihan anggota
KOR SUKSIS UPM..

jadinya majlis ini nak meraikan mereka-mereka yang telah dilantik sebagai INSPEKTOR SUKARELAWAN KOR SUKSIS..
tahniah tuan-tuan dan puan-puan..
tiga tahun mengharungi latihan adalah suatu tempoh masa yang lama.. (phew stahun lagi beb~)
untuk majlis ini aku bukanlah tetamu ape lagi VIP..

belum lagi tamat latihan oii..
cukuplah sekadar ajk pelaksana..
tak ada kami, kome makanlah kat cafe karisma tu ye.. (kalau bukak~)

nak diceritanya disini persiapan majlis ni seminggu yang lepas..
tapi aku datang 5 jam sebelum majlis bermula.. (ape punya malas..)
kira ok la juga kan dari tak datang membantu membanting tulang langsung..
macam-macam tugas dibuatnya aku.. (zzz~)
penjaga pintu, pembaca doa, teknikal, tukang makan, tukang angkat barang..
phew..


penatapirasaberbaloioklakan..


barisan ajk pelaksana.. 
pegawai muda yang diraikan..
tukang ambil hati EH tukang ambil gambar

sekian,
wassalam..

Saturday 14 July 2012

i-FIKR

salam alaik..

buat pengetahuan tuan puan sekalian, baru-baru ini, (ya sangat baruu)
"i" telah mengikuti program anjuran USIM iaitu i-FIKR..
apa itu i-FIKR?? (fikir lahh sendiri) hihi..

i-FIKR ni kiranya seperti summer camp buat pelajar IPT..
almaklumlah sedang bercuti sampai bulan 9 nanti.. (lama nanang)

mulanya macam nak, pastu tak nak, pastu nak..
akhirnya rela jualah luangkan masa join this kind of program..
7 Julai 2012 sampai 13 Julai 2012.. (lameee kan~)

apa yang menarik tertariknya program ini,
ia sangat menarik.. (yela ape die oii~)
antara pengisiannya (ceramah, seminar, kem, lawatan)
itu yang buat program ni lain dari yang lain..
macam-macam ada kaedahnya..

antara speakers:

1. IMAM MUDA HASSAN
- penyampaian sangat menarik dengan menyentuh kaitan antara AQ dan SN
- membuka fikiran berkenaan bezanya fungsi AQ dulu dan kini

2. DR. KHAIRUL NIZAM
- penyarah USIM ini menjadi "trainer" kami.. (penat bangun duduk T_T)
- tanamkan cinta pada Rasulullah
- menjelaskan AQ secara lebih mendalam

3. PROF DR. MUHAYA
- sangat "terkezut" dengan cara beliau ini (sangat mak2~ phew..) tapi best.. hihi..
- memberi sudut pandang yang sangat berbeza dan membakar semangat.. (skema pula)
- how to be a good student?? = she know how's..

4. USTAZ SYAARI
- pakar dalam membicarakan soal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
- menyuntik semangat anak muda.. ayuh pemuda.. (cewwah)

5. PERSATUAN SAINTIS MUSLIM MALAYSIA (PERINTIS)
- sains untuk rahmatan lil 'alameen
- ict dari perspektif islam

6. AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA (ASASI)
- fiqh sains dan teknologi
- kepentingan syariat dalam perkembangan sains dan teknologi

7. AIMAN AZLAN (vlogger, blogger)
- he was 22 years old student of University of Toronto, Canada
- sangat banyak share dengan kami sepanjang kem kat LEMBAH PANGSUN..
- how to love nature, how to be a good muslim, how to be a good daie.. (banyak nanang)

8. IMAM MUDA FAKHRUL
- dulu ada hati nak jemput dia datang program, tapi tak kesampaian.. (jodoh di sini mungkin~ hii~)
- tertarik dengan karisma dan daya tarik penyampaian bapa anak seorang ini..
- menyentuh soal iman dan taqwa.. (oooo.. baru tau~)


Pengisian untuk program ini sangat mantap, apatah lagi dengan kehadiran penceramah dan selebriti (hihi)..
bukan mudah nak buat program sebegini.. (Tahniah kepada pengarah, PROF MADYA DR NORITA)

Tidak dilupa lawatan ke Shah Alam..
MAJLIS REKA BENTUK MALAYSIA dan YAYASAN TAQWA..
(korang pernah ke pergi?? haa..)
semoga ada lagi program i-FIKR pada tahun hadapan ya..


sempat IM HASSAN menjeling zaujahnya

DR KHAIRUL NIZAM

USTAZ SYAARI

AIMAN AZLAN
dengan dia




ok saya lapar nanang!
penat weyh mendaki bukit~





IM FAKHRUL beraksi

water confident pulak..

eee takotnye~

berakit ke tepian..

kuat tak?


makan BANYAK perempuan..
sidang forum..
bukti kualiti lagi penting.. hihi..

Lembah Pangsun tinggal kenangan..
MDM

YAYASAN TAQWA


jumpa lagi..
wassalam..



Friday 6 July 2012

berat nanang

salam alaik..

baiklah..
pada kali ini kita akan membicarakan soal berat..
angkat berat? oh tidak~
berat badan? oh ya!

kebiasaannya golongan hawa sangat sensitif akan soal berat badan mereka..
mereka takut akan masalah kegemukan yang mereka hadapi..
istilah "gemuk", "obes" menjadi igauan ngeri bagi mereka.. (he he)
jaga-jaga jika bergurau dengan kaum hawa..
menggelar mereka "gemuk" bakal dapat PENUMBUK!
kadang saiz mereka taklah se"gemuk" mana..
cuma mainan tidur, eh mainan perasaan mereka sahaja.. (eh~!)

ok cukup pasal kaum hawa~
ini cerita berkenaan "i" bukan nama sebenar.. (hmm..)
dulu kala berat dia maintain je 55 kg..
susah bebenor nak naik.. (BMI tak normal)
setelah setahun lebih dok makan kat UPM > 60 kg.. (tercapai impian..)

namun..
langit tak selalu cerah..
#eh dah buncitla
#nampak berisi sekarang
fahamilah beratnya kini 65 kg..

sangat tak best muda-muda dah buncit.. (alahai..)
inilah akibat makan tak ingat dunia..
konon metabolisma badan tinggi..
makan banyak tak gemuk..
nah amik sekarang, berat nanang..

adalah menjadi misi si "i" sekarang untuk kembali seperti dulu..
makan beragak-agak..
banyakkan exercise..
banyakkan puasa..

p/s: kita doakan "i" berjaya mengurangkan berat badannya itu..

tips kurus: 
1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak.... tundukkan kepala, tatapkan mata ke perut
3. Bongkok kan badan...
4. Buka baju
5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan: "Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!! 


selamat mencuba...hahaha...

wassalam..

Tuesday 3 July 2012

salaam...

salam alaik..
salam perkenalan..
salam permulaan..

masih lagi pemilik nama muhammad irfan..
anak kepada hassan jua khadijah..
masih lagi baru dalam dunia blog nie~
sebab apa baru nak mula??

sebab..
baru pandai buat..
baru rasa rajin..
baru rasa lapang..
sebab..
kawan saya ada blog..
kita baru lagi laa..... 
kawan saya tulis blog..
kawan saya cool blog.. (he he)

baru je itu hari join sambutan ulangtahun ke 15 saifulislam.com..
tu blog milik ustaz hasrizal..
sangat minat ok..
sebab ustaz ada pemikiran lain dari yang lain..
dia nampak apa yang susah nak nampak.. (hantu ke??)

so,
dari situ muncul minat..
sebab ustaz kata blog ni ruang latihan menulis yang baik..
so why not try do it..

sangat minat membaca..
tapi jarang sangat mengarang..
merepek kat fb jela mampu.. (hu hu)
so this is my blog.. =)