Friday, 20 July 2012

r.a.m.a.d.h.a.n

salam alaik..

Malam ini, 1 ramadhan 1433 Hijrah ya. Diam tak diam dah sampai ke bulan yang penuh keberkatannya. Jadinya, amat rugi bagi insan-insan yang tak gunakan kesempatan yang ada ini. Tak semua orang berpeluang nak jumpa dengan bulan Ramadhan ini. ingat tak dulu Allahyarham Ustaz Asri, beberapa hari sebelum nak puasa, kembali dia kerahmatullah. Beruntunglah kita-kita ini yang masih dapat berada dalam bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. WowW..

al-IkhsaN eh al-kisah yang terjadi tadi, semasa solat terawih, lokasinya masjid la kan. Anak-anak kecil dengan riangnya bermain-main. Dari mula solat, sampaila orang habis sembahyang. Bila lah diorang ini nak insaf. err ok.. Mereka mungkin banyak masa lagi. Ahli syurga masing-masing. Aku ni ha banyak dosa.

malulah kitorang pon solat taw.. btol3..
Ironinya, ada pula geng-geng bapak orang yang dok melepak, berborak, hisap rokok, masa orang lain sembahyang. Macam mana nak jadi contoh pada anak-anak kalau orang tua yang tunggu masa ini pon 2 kali 5. kan3.. Tolong la setuju.. huhu.. Kadang kita orang tua senang-senang salahkan anak itu ini. Tapi kita lupa nak cermin diri kita yang lagi banyak buat silap banding anak-anak yang sikit dosa atau tak ada dosa langsung.

Untuk itu, pesan atuk untuk diri atuk dan semua, ambillah peluang dan masa yang ada ini untuk kita melakukan transformasi Ramadhan dan semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Sekian,
wassalam..

No comments:

Post a Comment