Friday, 25 October 2013

Bajet 2014


Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai HARI INI..

*KENAPA NAIK HARI INI???
*KENAPA TAK NAIK MINGGU DEPAN??
*KENAPA TAK NAIK BULAN DEPAN??

T_T

Dah tak kesah kalau belanjawan negara tak memihak kepada rakyat. Sebab dah masak dengan kaedah pemimpin sekarang. Subsidi dikurangkan, BR1M diberikan. Tapi kaedah perlaksanaan nampak seperti membunuh rakyat. Nak duit rakyat cepat, pulang kepada rakyat lambat. Bonus pada kakitangan awam sahaja. Sumbangan kakitangan swasta bagaimana? Tak berapa nak bonus pon sebab cukai pendapatan, sebulan gaji penjawat awam. Bonus tu duit gaji mereka juga.

Susah nak percaya yang kerjaan akan gunakan kembali wang rakyat untuk rakyat.

Thursday, 26 September 2013

buang

Siapa yang buang rakannya, kelak dibuang temannya..

Siapa yang buang keluarganya, kelak dibuang kerabatnya..

Siapa yang buang anaknya, kelak dibuang zuriatnya..

Siapa yang buang Rasulnya, kelak dibuang syafaatnya..

Siapa yang buang Tuhannya, kelak dibuang ke neraka..

anak

kerja hakiki bukanlah dilapangan kerja kita..
tetapi, di halaman rumah kita bangunkan ummah..
bekerja untuk memenuhi keperluan di rumah..
agar keluarga terdidik menjadi sempurna..

Wednesday, 18 September 2013

amanah

kadang kala jawatan boleh buat kita lebih bersemangat..
kadang kala jawatan boleh buat kita lupa amanat..

bukan mudah memegang amanah..
bukan mudah melepaskan amanah..

pegang pada janji sebaik mungkin..
laksana tanggungjawab semampu mungkin..

cepat

tuliskan apa yang terlintas di minda..
lakukan apa yang terlintas di hati..
agar nanti mudah segala rencana..
permudah cara tersusun rapi..

rasa

semua orang boleh rasa gembira..
tapi tak semua mampu ketawa..

semua orang boleh rasa sedih..
tapi tak semua mampu menagih..

semua orang boleh rasa amarah..
tapi tak semua mampu menyergah..

di sini

di sini tempat memendam rasa..
di sini tempat merawat luka..
di sini tempat mencipta bahagia..
di sini tempat menyebar cinta..
di sini..
ini..
universiti..
tercinta..

Wednesday, 12 June 2013

jodoh

Kita sering keliru jodoh kita masa hadapan..
Walau seribu doa kita panjatkan..
Walau seribu sujud kita rebahkan..
Kerna ia suatu rahsia Tuhan..

Friday, 7 June 2013

cinta dan wahyu

tidak sudi, bukan bermakna membenci..
menolak, bukan bermakna bongkak..

kaya

jadilah kaya..
ikut kau nak kaya banyak mana..
kaya raya..
kaya sikit..
kaya banyak..
jadilah kaya..
tapi..
ingat..
bila kau kaya..
jadi orang kaya..
biarlah untuk memberi..
bukan untuk dijoli..

Monday, 3 June 2013

Singa kembali mengaum..



buku merah jangan lupa bawa..
bawa juga hati yang lara..

bukan hilang, lari cuma..
esok lusa ketemu jua.. 

Thursday, 30 May 2013

Singa Berpura Pura

Angan nak ke Singapura..
Lebur begitu sahaja..
Dek kerna lembabnya manusia..
Bukan kerna salahnya Singa..

Buku merah aku sudah ada..
Tapi mereka belum ada..
Penantian tak bermakna..
Bila janji tah kemana..

Monday, 27 May 2013

KaMi

setahun...
ya setahun sudah berlalu..
eh??
setahun??

270512
270512

haish..
T_T
beb..
setahun..
what next??

=)

Sunday, 26 May 2013

kawen..

Bila kita merancang mendirikan rumah tangga..
Jangan dilupa..
Untuk merancang mengekalkan rumah tangga..

Friday, 24 May 2013

kAwAn

bila aku toleh belakang..
ahh pentingkan diri..
patut aku biar dia..
dahulukan dia..
korbankanlah diri ni ha..
kenapa orang lain..
tapi takut mungkin..
aku terus pandang depan..
mana bisa aku begini..
hari ini..
kalau pentingkan dia..
tak dapat semua ini..
mana pegangan..
pada takdir..
takdir bukan dilawan..
takdir untuk diurus..

Saturday, 5 January 2013

mara.H

amarah bisa membawa takut..
amarah bisa membawa penat..

sabda baginda..
andai kau marah duduk..
andai kau marah baring..

diam bukan tandanya kau salah..
diam bukan tandanya kau menyerah..

tapi kau pilih untuk bahagia..
kerna marah itu bisik syaitan durjana..

semalam..

Yesterday, 4 January..

It was wonderful, colorful, painful, full full full.. huuu